Latar Belakang

Pusat Transformasi Luar Bandar (Rural Transformation Center) RTC FAMA Kelantan asalnya dikenali sebagai Terminal Makanan Negara (TEMAN) dan Terminal Agribisnis Negara (TEMAN) yang terletak di jajahan Kota Bharu Kelantan. Mula beroperasi pada Julai 2011. RTC ini merupakan pusat hentian bersepadu pengedaran bekalan makanan negara dan juga pusat pemborongan dan peruncitan hasil-hasil pertanian. Pada masa ini komponen yang sedia ada terdiri daripada Blok Pentadbiran dan tiga (3) blok bangunan lot kedai merangkumi Blok A, B dan C.

Komponen di Blok Pentadbiran adalah seperti berikut:

  1.  Dewan Tingkat 1 (Dewan Kacip Fatimah dan Dewan Misai Kucing)
  2.  Dewan Tingkat Bawah (Dewan Serai Wangi dan Dewan Mas Cotek)

Komponen di Blok A adalah seperti:

  1.  Roller Shutter
  2.  Pasar Tani Kekal
  3.  My Farm Outlet
  4.  Pasarina
  5.  Pasar Borong Pagi
  6.  Medan Selera
  7.  Florikultur

Komponen di Blok B adalah seperti:

  1.  Roller Shutter
  2. Sayur Kampung

Komponen di Blok C adalah seperti:

  1.  Ikan
  2.  Ayam
  3.  Daging
  4.  Kuih
  5.  Pelbagai


RTC FAMA Kelantan juga mempunyai sebuah Pusat Operasi, serta tapak yang digunakan untuk sebarang acara seperti pesta dan karnival. 


Aktiviti yang dijalankan di RTC FAMA Kelantan adalah perniagaan secara borong, runcit dan penggunaan platform perniagaan atas talian (online). Sehingga September 2020 terdapat hampir 800 peniaga yang sedang beroperasi di RTC FAMA Kelantan.



loader